Info Terkini

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar

Hari Mengundi PRU Ke-13

Ahad
05 Mei 2013

Bengkel Pemasangan Dan Penggunaan Program MyABCD

07 Mei 2013
(PT PKG)
08 Mei 2013
(JTK PKG)
09 Mei 2013
(PTP PKG)
PKG Serom, Ledang

Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 5 Tahun 2013

Selasa
14 Mei 2013
PKG Lenga, Muar


Zikir Terapi

Kami mempunyai 6 tetamu dan tiada ahli di talian

Tapis
  • Mesyuarat Dan Taklimat Pelaporan Perancangan Bersepadu Aktiviti Utama ICT 2013

    Hari Khamis
    07 Februari 2013 | 27 Rabiul Awal 1434
    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

    Mesyuarat dan taklimat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan ICT, Encik Asha'ari Bin Omar.  Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh:

    • Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) Unit Pengurusan ICT BTPN Johor.
    • Timbalan Ketua (Penghulu) PKG Johor ~ Encik Aziz Bin Atan (Ketua PKG Bakri)
    • Semua Wakil Pengurusan (Penghulu) PKG Daerah.
    • Ketua Sektor Pengurusan ICT JPN Johor.
    • Pegawai ICT JPN Johor
    • Pegawai ICT Pejabat Pelajaran Daerah

     Perkara-perkara yang ditaklimatkan dan dibahaskan adalah :

    • Pembayaran Internet Interim Sekolah-sekolah Negeri Johor
    • Program 'Task Force' Khidmat Bantu Sekolah
    • Penyelenggaraan Komputer
    • Penggantian dan Perolehan Peralatan ICT Sekolah
    • Bengkel Kemahiran Juruteknik Komputer Sekolah
    • Sistem Pengurusan Sekolah

     

  • Bengkel Penyediaan Calon Tokoh NILAM Tahun 2013


    Hari Isnin dan Selasa
    04 dan 05 Februari 2013 | 23 & 24 Rabiul Awal 1434
    Pusat Kegiatan Guru Jalan Tunku Bendahara, Muar

    Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk memilih dan melatih peserta yang akan mewakili daerah Muar dan Ledang ke peringkat negeri yang dijangkakan akan diadakan pada 26 hingga 28 Februari 2013.  Peserta dipilih mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh Urus Setia Pertandingan iaitu;

    • Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia
    • Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
    • Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia
    • Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris

    Perjalanan bengkel telah dikendalikan oleh Jawatankuasa NILAM Daerah yang diketuai oleh Encik Abdul Rashid Bin Abdul Wahab, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Lenga, Muar.  Beberapa orang guru yang terdiri daripada GPM sekolah dan Guru Cemerlang Bahasa turut sama membantu dalam bengkel ini.

     

     

  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Daerah Muar & Ledang



    7 buah Sekolah Agama Johor di daerah Muar dan Ledang telah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).  Sehubungan dengan itu sekolah-sekolah tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Muar mulai tahun 2013.

    Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang juga turut sama bertanggungjawab melaksanakan program-program pemantauan dan khidmat bantu kepakaran berkaitan Teknologi Pendidikan, PSS dan Inisiatif ICT di sekolah-sekolah berkenaan.

    Sekolah-sekolah tersebut adalah:

    NAMA SEKOLAH PKG
    SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU MUAR PKG PARIT SETONGKAT
    SEKOLAH MENENGAH AGAMA AD-DINIAH PKG SUNGAI BALANG
    SEKOLAH MENENGAH AGAMA LUGHATIL ARABIAH PKG TANGKAK
     SEKOLAH MENENGAH AGAMA LUGHATUL QURAN PKG PARIT BUNGA
     SEKOLAH MENENGAH AGAMA SHAMSUDDINIAH PKG BUKIT GAMBIR
     SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-TANWIRIAH PKG PARIT JAWA
     SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL ULUM PKG SEROM
  • Pengerusi JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Tahun 2013 - 2014

    Encik Esa Bin Sudar, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang telah dipilih dalam Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar dan Ledang sebagai Pengerusi JKPA PKG Daerah Muar dan Ledang dan Wakil Pengurusan PKG Daerah Muar dan Ledang bagi sesi Tahun 2013 - 2014.

    Pemilihan pengerusi dan wakil pengurusan baru ini dibuat berikutan pengerusi sekarang Tuan Haji Sha'piee Bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar akan mula bercuti dan bersara pada awal tahun 2013.

    Majlis serah tugas telah disempurnakan pada hari Rabu, 19 Disember 2012 di Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang selepas selesai Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar dan Ledang Bil. 12 Tahun 2012.

  • Bengkel Pembinaan Modul Asas Suntingan Video Digital


    Hari Selasa & Rabu
    29 - 30 Januari 2013 | 17 - 18 Rabiul Awal 1434
    Pusat Kegiatan Guru Bukit Gambir, Ledang

    Bengkel anjuran PKG Daerah Muar dan Ledang ini telah disertai oleh 9 orang PTP PKG Daerah Muar dan Ledang dan 6 orang Juruteknik Komputer PKG Daerah.  Bengkel telah dikendalikan oleh Encik Mohd Arshad Bin Haron, PTP PKG Parit Bunga dan dibantu oleh Encik Muhammad Hafifi Bin Radzuwan, PTP PKG Tangkak.

  • Mesyuarat Pagi Jumaat Bersama PPD Muar

    Hari Jumaat
    25 Januari 2013 | 13 Rabiul Awal 2013
    Pejabat Pelajaran Daerah Muar

    Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan PPD Muar, Tuan Haji Mohd Sahabudin Bin Jazuli. PKG daerah telah diwakili oleh Encik Esa Bin Sudar, PTP PKG Serom merangkap Pengerusi JKPA PKG Daerah, Encik Abdul Rashid Bin Abdul Wahab, PTP PKG Lenga dan Encik Mohd Arshad Bin Haron, PTP PKG Parit Bunga.

    Majlis Membudayakan Al-Quran telah diadakan sebelum berlangsungnya mesyuarat.  Perkara-perkara yang dibentangkan oleh wakil PKG dalam mesyuarat kali ini adalah;

    • Fungsi dan peranan PKG
    • Analisa Pemantauan Awal Persekolahan
      • Ststus PSS
      • Status Bahan MBMMBI
      • Status VLE di sekolah
    • Program Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Tahun 2013
    • Program Pemilihan dan Penilaian Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Daerah Tahun 2013
  • Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil. 1 Tahun 2013

    Hari Rabu,
    23 Januari 2013 | 11 Rabiul Awal 1434
    Pusat Kegiatan Guru Parit Bunga, Ledang Johor

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Esa Bin Sudar, PTP1 PKG Serom, Ledang.  Semua PTP1 dan PTP2 PKG Daerah Muar dan Ledang telah hadir dalam mesyuarat ini.  

    Mesyuarat turut dihadiri oleh 2 wakil PT PKG dan 3 wakil JTK PKG.  Mesyuarat bermula pada jam 08.30 pagi.  Pelbagai perkara telah dibincangkan dan antaranya adalah;

    • Aktiviti PKG Daerah
    • Pemantauan PKG ke sekolah
    • Program Penilaian PSS cemerlang peringkat daerah.
    • Pemilihan Tokoh NILAM daerah

     

  • Bengkel Penyelarasan & Penyediaan SKT PKG Tahun 2013

    Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    • Tarikh  :  10 Januari 2013
    • Hari     :  Khamis
    • Masa  :  08.30 pagi - 05.00 petang
    • Tempat :  Pusat Kegiatan Guru Parit Bunga, Ledang

    Semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG, wakil Pembantu Tadbir PKG dan wakil Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar dan Ledang dikehendaki hadir dalam bengkel ini.

     

  • Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 11 Tahun 2012

    Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    Tarikh :  21 November 2012
    Hari :  Rabu
    Masa :  08.30 pagi
    Lokasi :  PKG Sungai Balang, Muar

    PTP1, PTP2, wakil PT dan wakil JTK PKG Daerah Muar dan Ledang dikehendaki hadir.

    Agenda Mesyuarat :

    • Ucapan Pengerusi.
    • Membentangkan dan Mengesahkan Miniit Mesyuarat Bil 10/2012
    • Perkara Berbangkit.
    • Laporan dan Maklumbalas Mesyuarat Pagi Jumaat Bersama PPD Muar.
    • Pembentangan Perancangan Program PKG Daerah Tahun 2013.
    • Hal-hal Lain
  • Exco Majlis Pemuafakatan PKG Malaysia 2012 - 2013


    Tahniah kepada barisan Exco Majlis Pemuafakatan PKG Malaysia 2012 - 2013.  Khususnya kepada Timbalan Presiden, Encik Mohd Arshad Bin Haron PTP 1 PKG Parit Bunga, Ledang, Johor merangkap Ketua (Penghulu) PKG Negeri Johor

  • Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 12 Tahun 2012

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Aktiviti (JKPA) PKG Daerah Muar dan Ledang Bil 12 Tahun 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    • Tarikh    :   19 Disember 2012
    • Hari       :   Rabu
    • Masa     :   Mulai 08.30 pagi
    • Lokasi   :   Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang

    Pegawai Teknologi Pendidikan, Wakil Pembantu Tadbir dan Wakil Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar dan Ledang dikehendaki hadir dalam mesyuarat tesebut.

    Bagi kelancaran pengurusan mesyuarat, semua peserta mesyuarat diminta mengisikan data status kehadiran dengan mengakses laman "Status Kehadiran Mesyuarat" atau klik di sini

     PAPAR STATUS

  • Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada

    Laman Web Rasmi : Majlis Raja-Raja

  • Mesyuarat JKPA PKG Daerah Muar & Ledang Bil 9 Tahun 2012

    Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Muar dan Ledang Bilangan 9 Tahun 2012 diadakan seperti ketetapan berikut :

    • Tarikh :  19 September 2012
    • Masa :  Mulai 09.00 pagi
    • Tempat :  PKG Parit Bunga, Ledang
    • Peserta :  PTP 1 PKG &  Juruteknik Komputer PKG Daerah Muar & Ledang

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Shapiee Ali, PTP PKG Sungai Balang, merangkap Ketua Pengurusan (Penghulu) PKG Daerah Muar dan Ledang.  Antara perkara yang dibincangkan ialah ;

    • Bengkel Latihan Frog VLE
    • Pemilihan Tokoh NILAM
    • Pemilihan PSS Cemerlang
    • Pembangunan PKG
    • Pemantauan PKG ke sekolah
    • Bahan Digital MBMMBI 2013
  • Bengkel Pemurnian Instrumen Pemantauan PKG

    Rabu | 20 Mac 2013 | Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor
    Johor Bahru

    Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Instrumen Pemantauan PKG mulai 19 Mac 2013 hingga 20 Mac 2013.  Perjalanan bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zamri Tumin, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Johor.

    Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang telah diwakili oleh Encik Esa Bin Sudar, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Serom dan Encik Abu Yanin Bin Azuli. Pembantu Tadbir PKG Bukit Gambir.

  • Mesyuarat dan Taklimat Fungsi BTP/BTPN/PTPB/PKG

    Mesyuarat dan taklimat diadakan seperti ketetapan berikut :

    • Tarikh :  06 Disember 2012
    • Hari  :  Khamis
    • Masa : 08.30 pagi ~ 05.00 petang
    • Lokasi : Auditorium BTP
    • Peserta : Ketua Sektor BTP, Ketua Penolong Pengarah BTPN,
                    Ketua Unit Hal Ehwal PKG BTPN, Ketua Unit ICT BTPN
                    Ketua PTPB dan Ketua PKG

     

  • Majlis Semarak Kasih, Seikhlas Budi - Tuan Haji Sha'piee Ali

    Jumaat | 15 Mac 2013 | 08.30 malam
    Hotel Muar Traders
    Muar

     

  • Mesyuarat Pengurusan BTPN-PKG Johor Bil 4 Tahun 2012

     

     

     

     

    Mesyuarat diadakan seperti ketetapan berikut :

    • Tarikh :  11 - 12 Disember 2012
    • Hari  :  Selasa - Rabu
    • Masa : 08.30 pagi ~ 05.00 petang
    • Lokasi : Bilik Gemilang BTPN Johor
    • Peserta : Penolong Pengarah BTPNJ
                    PTP BTPNJ
                    PTP PKG Johor
                    Wakil PT PKG dan JTK PKG

     

  • SST - Sistem Saraan Transformatif

    Maklumat lanjut :  Sistem Saraan Transformatif - SST

  • Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas

    Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar
    Jumaat, 08 Mac 2013 | 05.00 petang
    Sempena Persaraan Tn Hj Sha'piee Ali PTP PKG Sungai Balang

  • Majlis Kunjung Hormat & Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas

     

     

     

     

    Sempena persaraan Tuan Haji Sha'piee Bin Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Sungai Balang, Muar, satu Majlis Kunjung Hormat dan Majls Penyerahan Nota Serah Tugas akan diadakan di PKG Sungai Balang, Muar pada hari Jumaat, 08 Mac 2013.  Majlis akan bermula pada jam 03.30 petang.  Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dijangka akan turut hadir dalam majlis ini.

    Buah pauh delima batu,
    Anak sembilang di tapak tangan;
    Walau jauh di negeri satu,
    Hilang di mata, di hati jangan

     

    Tuai padi antara masak,
    Esok jangan layu-layuan;
    Intai kami antara nampak,
    Esok jangan rindu-rinduan

  • Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Tahun 2013 Peringkat Daerah Muar-Ledang

    Pertandingan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Muar dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang.  Sesi penilaian oleh Panel Penilai bermula dari 25 Februari 2013 hingga 28 Februari 2013.  Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu;

    • Kategori Sekolah Menengah
    • Kategori Sekolah Rendah.

    Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah Menengah adalah;

    • SM Tinggi Muar
    • SMK Tengku Mahmud Iskandar, Ledang
    • SMK Sultan Abu Bakar, Muar
    • SMK Pekan Baru, Muar

    Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah Rendah adalah;

    • SK Parit Setongkat, Muar
    • SK Orangkaya Ali, Muar
    • SK Bandar Tangkak, Ledang
  • Calon Anugerah Tokoh NILAM Daerah Muar Tahun 2013 Ke Peringkat Negeri Johor

  • GONG XI FA CAI

     

  • Mesyuarat Pengurusan BTPN - PKG Johor Bil 1 Tahun 2013

    Hari Khamis
    17 Januari 2013 | 05 Rabiul Awal 1434
    Pusat Kegiatan Guru Kluang Timur, Kluang

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Ishak Bin Mahbob.  Semua Ketua / Wakil PKG Daerah Muar dan Ledang telah hadir dalam mesyuarat ini.

    Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan perancangan unit-unit Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor oleh Ketua Unit.

  • Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan 1BestariNet 2013

     

     

    Mesyuarat tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 09 Januari 2013 bertempat di SK Kampong Raja, Pagoh. 

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Puan Baharian Bt Temu.

    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diwakili oleh Ketua Unit ICT, Encik Asha'ari Bin Omar dan PTP Unit ICT, Encik Abu Saifuddin Bin Hj Abu Hanipah, manakala PKG Daerah Muar telah diwakili oleh Wakil Pengurusan PKG Daerah (Penghulu), Encik Esa Bin Sudar.

    Antara agenda yang dibincangkan adalah :

    • Status terkini pemasangan prasarana 1BestariNet di sekolah.
    • Statistik pemasangan 1BRIS dan VSAT oleh Syarikat YTL
  • Penarafan PSS & Pengurusan Data Program NILAM

    Semua Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah-sekolah diminta melaksanakan dan mengemaskini Penarafan PSS (iQ-PSS) dan Pengurusan Data Program NILAM (i-NILAM) secara dalam talian melalui url. http://btp.tarantula.my bagi tahun 2013 ini. Pengemaskinian Penarafan PSS (iQ-PSS) perlu diselesaikan sebelum 28 Februari 2013.

    Sebarang persoalan dan pertanyaan berhubung dengan perkara di atas, bolehkah diajukan kepada PKG masing-masing.

  • Pemantauan Bersepadu Sesi Awal Persekolahan Tahun 2013

    Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang telah melaksanakan Pemantauan Bersepadu Sesi Awal Persekolan ke SK Serom 3, Ledang pasa hari Selasa, 02 Januari 2013.  Pegawai yang terlibat adalah Encik Esa Bin Sudar dan Encik Abd Rahman Bin Md Amin.  Pemantauan bermula dari jam 08.00 pagi.

    Pada jam 09.45 pagi, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Tuan Haji Ahmad Bin Othman telah turut sama melaksanakan pemantauan ke SK Serom 3 ini.  Antara tujuan pemantauan tersebut adalah untuk mempastikan bahawa pengurusan dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

  • Pemantauan PKG Ke Sekolah Sesi Awal Persekolahan Tahun 2013

     

    Pusat Kegiatan Guru (PKG) Negeri Johor dikehendaki melaksanakan Pemantauan Bersepadu Sesi Awal Persekolahan Tahun 2013 di 5 sekolah kelompok bermula pada 02 Januari 2013 hingga 10 Januari 2013.  Pemantauan tersebut bertujuan untuk menilai kesediaan pihak sekolah dalam urusan berkaitan dengan Teknologi Pendidikan.

    Pemantauan aktiviti sekolah meliputi Inisiatif Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Teknologi Pendidikan.  Perkara-perkara yang perlu dipantau adalah berkaitan :

    • Pelaksanaan Dasar MBMMBI
    • EduwebTV
    • 1BestariNet - VLE
    • Infrastruktur ICT Sekolah
    • Pusat Sumber Sekolah
    • Galakan Tabiat Membaca
    • Pembestarian Sekolah

    Setiap PKG adalah dingatkan bahawa laporan lengkap pemantauan dalam bentuk "hardcopy" perlu dihantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor selewat-lewatnya pada 25 Januari 2013

  • Save Gaza | Pray For Gaza


    للَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ

    اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ

    (اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي

    اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ

    اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

     
    TERJEMAHANNYA:

    Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
    Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
    Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
    Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
    Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
    Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

      www.amanpalestin.net

     

  • Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP KPM 2012



     Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif BTP KPM 2012 akan diadakan pada 19 hingga 21 November 2012 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru, Johor. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diberi penghormatan selaku tuan rumah bagi penganjuran kali ini.

    Maklumat lanjut berkaitan konvensyen ini boleh diperolehi dengan melayari URL berikut :

    http://kikbtpkpm2012.blogspot.com/

  • Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor : 22 November 2012

      

    MUAR | Bandar Maharani : Bandar Diraja Negeri Johor

    Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor bermula pada 21 November 2012 hingga 26 November 2012.  Sambutan kali ini diadakan di Muar, Bandar Maharani - Bandar Diraja.

  • Jalan-Jalan Yang Ditutup Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

  • Kajian "Leasing" (Pajakan) Peralatan ICT Daripada Pihak Swasta

    Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 27/2012 pada 13 September 2012 telah memutuskan, satu Kajian Leasing (Pajakan) Peralatan ICT daripada Pihak Swasta  di semua bahagian KPM, JPN, PPD, BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah perlu dilaksanakan.  Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pihak yang terlibat terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan.

    Semua sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia seluruh negara perlu melaksanakan kajian ini secara atas talian melalui URL http://www.moe.edu.my.  Pengetua/Guru Besar dan lima (5) orang guru setiap sekolah (6 responden) perlu melaksanakan kajian ini sebelum atau pada 15 November 2012.

  • Laman Sembang | Komuniti Forum PKG Muar & Ledang

     

     

    Portal PKG Muar & Ledang menyediakan pengunjung portal laman untuk bersembang.  Pelbagai topik disediakan bagi kemudahan pengunjung berkonsi pengalaman dan idea.  Sila pilih "Laman Sembang" untuk kita bersembang / berforum.

  • Kebenaran Pemasangan Menara 1BRIS - UPEN Johor



    Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) telah bersetuju memberi kebenaran kepada YTL Communications Sdn. Bhd. untuk memasang struktur pemancar 1BRIS di sekolah-sekolah di negeri Johor melalui surat bertarikh 09 Oktober 2012.  Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pemasangan menara tersebut boleh mendapatkan salinan surat kebenaran tersebut pada ruangan "Attachment" di bawah.


    ATTACHMENT
    : Surat Kebenaran Pemasangan 1BRIS - UPEN Johor

  • Johor Mula Dilanda Banjir

    05 November 2012 | Muar & Ledang Johor
    Daerah Batu Pahat, Kluang dan Ledang mula dilanda banjir.  Hujan lebat yang berterusan beberapa hari menyebabkan paras air beberapa  sungai utama di neger Johor melepasi paras normal. 

    Untuk mendapatkan berita selanjunya sila layari Portal Banjir di URL :  http://portalbanjir.mkn.gov.my/

  • Bengkel Penyediaan Bahan Aktiviti Jejak Maklumat

    Pejabat Pelajaran Daerah Muar dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang akan menganjurkan Bengkel Penyediaan Bahan Aktiviti Jejak Maklumat yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    • Tarikh  :  18 Oktober 2012
    • Hari  :  Khamis
    • Masa  :  08 pagi ~ 05.00 petang
    • Lokasi  :  Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Muar

    Peserta bengkel terdiri daipada Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Muar dan Ledang, Juruteknik Komputer PKG dan guru-guru sekolah daerah Muar dan Ledang.

     

  • Aktiviti PKG Daerah Muar & Ledang : Oktober 2012


    Senarai aktiviti PKG daerah Muar dan Ledang sepanjang bulan Oktober 2012

  • Aktiviti PKG Daerah Muar & Ledang : November 2012


    Senarai aktiviti PKG daerah Muar dan Ledang sepanjang bulan November 2012

  • Aktiviti PKG Daerah Muar & Ledang : Oktober 2012


    Senarai aktiviti PKG daerah Muar dan Ledang sepanjang bulan Oktober 2012

  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

  • Program Jejak Maklumat dan Anugerah Tokoh NILAM

    Pautan (URL) | http://nilam.pkgmuarledang.net/


    Pejabat Pelajaran Daerah Muar dengan kerjasama PKG Daerah Muar & Ledang akan menganjurkan Program Jejak Maklumat dan Program Anugerah Tokoh NILAM peringkat daerah Muar dan Ledang.  Setiap PKG di daerah Muar dan Ledang dikehendaki bersedia bagi menyediakan peserta untuk kedua-dua program tersebut.

    Program tersebut akan diadakan seperti berikut :

    • Program Anugerah Tokoh NILAM Tahun 2013
      • Tarikh :  23 Oktober 2012 dan 29 Oktober 2012
      • Masa :  08.00 pagi hingga 05.00 petang
      • Lokasi :  Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Muar
      • Peserta : Murid Tahun 5 (SR) dan Tingkatan 4 (SM)
    • Program Jejak Maklumat
      • Tarikh :  29 Oktober 2012
      • Masa :  08.00 pagi hingga 05.00 petang
      • Lokasi :  Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Muar
      • Peserta :  Murid Tahun 6 (SR) dan Tingkatan 3 (SM)
  • Bengkel Pengurusan Stor PKG


    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Stor Pusat Kegiatan Guru.  Bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

    • Tarikh  :  04 & 05 Oktober 2012
    • Hari  :  Khamis & Jumaat
    • Masa  :  08.00 pagi ~ 05.00 petang
    • Lokasi  :  Pusat Kegiatan Guru Parit Bunga, Ledang
    • Peserta  :  Pembantu Tadbir (PT) PKG Daerah Muar dan Ledang
  • Bajet 2013

    Intipati Bajet 2013 :

    1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

    2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

    3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

    4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

    5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

  • Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah - SK Serom 6, Ledang


    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar & Ledang telah menganjurkan Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SK Serom 6, Ledang pada 26 dan 27 September 2012.  Penyelaras program adalah Encik Esa Bin Sudar, PTP 1 Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang dan dibantu oleh Encik Abd Rahman Bin Md Amin, PTP 2 Pusat Kegiatan Guru Serom, Ledang selaku Ketua Pasukan Kerja.

    Seramai 40 orang yang terdiri daripada PTP 1 PKG Daerah Muar & Ledang, PTP 2 PKG Daerah Muar & Ledang, JTK PKG Daerah Muar & Ledang, JTK sekolah, GPM sekolah dan guru-guru serta staf sokongan SK Serom 6, Ledang terlibat bagi menjayakan program ini.

  • Program Kem Membaca 1Malaysia 2012 dan READ 2012 Bersama Scholastic Malaysia

    Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2012 akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 di sekolah-sekolah seluruh negara. Pelancaran peringkat kebangsaan akan berlangsung di SMK Seksyen 9, Jln Tengku Ampuan Rahimah 9/20, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada 24 Oktober 2012.

    Disamping KM1M, program READ 2012 yang dikelolakan oleh SCHOLASTIC Malaysia juga akan berlangsung serentak. Bagi sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program READ 2012, perlulah mendaftar melalui www.readtogether.com.my selewat-lewatnya 30 September 2012. Bagi program READ 2012, sebanyak 50 buah buku akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

  • Kursus Latihan Frog VLE

    Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN) akan menganjurkan Bengkel Latihan Frog VLE - 1BestariNet seperti ketetapan berikut:

    • Kumpulan 1:  06 - 08 September 2012  -  PKG Jln Tunku Bendahara
    • Kumpulan 2:  13 - 15 September 2012  - PKG Tangkak
    • Kumpulan 3:  20 - 22 September 2012  - PKG Jln Tunku Bendahara
    • Kumpulan 4:  20 - 22 September 2012  - PKG Sungai Balang

     Peserta bengkel latihan terdiri daripada Guru ICT dan Guru berkemahiran ICT sekolah-sekolah terpilih (2 orang guru setiap sekolah).  Manakala fasilitator bengkel adalah Jurulatih Utama yang terdiri dari kalangan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG yang telah dilantik oleh BTPN Johor dan PPD Muar.

  • Latihan Frog VLE - Daerah Muar

    PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar
    PKG Sungai Balang, Muar
    20 ~ 22 September 2012

    Seramai 28 orang guru menghadiri Kursus Latihan Frog VLE yang diadakan di PKG Jalan Tunku Bendahara, Muar dan 16 orang guru di PKG Sungai Balang, Muar dari 20 hingga 22 September 2012.  Kursus ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

    Tuan Haji Baharom Haron selaku penyelaras kursus dengan dibantu oleh jurulatih-jurulatih Frog VLE daerah Muar telah mengendalikan kursus latihan ini.

  • Pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2013 - Daerah Muar

    Tentatif Pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2013

    BIL PERKARA TARIKH
    1 Edaran surat dan borang pencalonan Tokoh NILAM ke sekolah 18 Julai 2012
    2 Menerima pencalonan Tokoh NILAM dari sekolah Mulai 19 Julai 2012
    3 Mengedarkan surat peringatan tentang tarikh tutup pencalonan Tokoh NILAM 10 September 2012
    4 Tarikh akhir menerima borang pencalonan dari sekolah oleh PKG 18 September 2012
    5 Penyediaan Folio peserta oleh PTP 2 PKG 24 ~ 28 September 2012
    6 Menjalankan proes saringan gabungan 2 PKG oleh PTP PKG 24 ~ 28 September 2012
    7 Proses pelantikan Panel Hakim 24 ~ 28 September 2012
    8 Urusetia menerima nama-nama peserta / calon Tokoh NILAM dari PKG 01 ~ 05 Oktober 2012
     9 Mesyuarat Hakim dan Penyemakan Bahan Penilaian Anugerah Tokoh NILAM 09 Oktober 2012
    10 Bengkel Penyediaan instrument, jadual penilaian, bahan ujian dan skema pemilihan. 10 Oktober 2012
     11 Program Pemilihan Tokoh NILAM Tahun 2013 daerah Muar & Ledang 23 & 24 Oktober 2012

PRU Ke-13

05.05.2013

Countdown
expired


PKG Muar & Ledang
Mei 2013
ISRKJSA
12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031

Log Masuk

060603
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
212
250
212
58567
5474
8184
60603

IP Anda: 54.234.67.55
Masa Server: 2013-05-20 16:45:44

Portal ini disenggara oleh Pasukan ICT dan Multimedia Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang, Johor
Sesuai dilayari menggunakan IE 9, Mozilla Firefox 15.0, Google Crome 20.0